Sunday, 17 June 2012

Bengkak Susu Selepas Bersalin


Photo di atas amat menarik namun terdapat makna tersirat di dalamnya. Sekiranya si bapa dapat menyusukan bayi, alangkah bahagianya si ibu ketika berpantang yerr... 



Pernah kah anda mengalami bengkak susu semasa bersalin?


Setiap wanita yang pernah melahirkan segelintirnya akan mengalami bengkak susu selepas kelahiran. Kebiasaannya ini berlaku ketika transisi selepas bayi dilahirkan sehingga ibu-ibu menjalani urutan. 
Sekiranya anda mengalami masalah yang sama, pastikan anda membersihkan puting susu ketika mandi atau pada ketika mana anda sedang mengalami kesakitan. Urutan lembut pada payudara akan mengurangkan rasa rakit dan merangsang susu untuk keluar ke hujung puting. 
Sekiranya proses itu berjaya, berilah bayi anda menyusu, kerana dengan menyusu sel-sel dapat bertindak aktif dan akhirnya sakit tersebut akan berkurangan. 
Namun sekiranya bengkak susu masih berlaku dan anda tidak mampu menyusukan bayi, jangan risau...petua tradisional yg amat berkesan boleh membantu anda Gunakan kelopak kobis yg bersesuaian dengan size payudara anda dan  letakkan pada payudara anda yg membengkak. biarkan seketika, sejuk kelopak kobis tersebut boleh mengurangkan rasa sakit anda...insyaallah. Selamat mencuba



No comments:

Post a Comment